Apakah Jenis Kelapa yang Paling Sesuai untuk Ditanam?

Sebelum memulakan cara tanam kelapa, penting untuk mengetahui jenis kelapa yang paling sesuai untuk ditanam mengikut lokasi, iklim, dan tujuan penanaman. Kelapa (Cocos nucifera) adalah salah satu tanaman tropika yang paling penting di dunia, bukan hanya kerana buahnya yang bernilai tinggi tetapi juga kerana pelbagai produk yang boleh dihasilkan daripada pokok ini.
Jenis-jenis Kelapa
- Kelapa Pandan
Kelapa Pandan sejenis pokok kelapa yang bersaiz kecil. Jarak penanamannya 20 kaki x 20 kaki. Kelapa Pandan dapat berbuah seawal umur 3 tahun. Ada juga yang mayang kelapa sudah keluar di celah-celah pelepah pada usia pokok kelapa 2 tahun setengah. Bergantung kepada cara penjagaan. Cara tanam kelapa jenis ini sama sahaja dengan kelapa lain iaitu buat lubang sederhana dalam dan timbuskan tanah sehingga tenggelam separuh buah.
Buah kelapa pandan lebih bersaiz kecil berbanding kelapa jenis lain. Walaupun kecil, kelapa pandan sebenarnya tetap berbaloi untuk ditanam. Ini kerana buah kelapa pandan mempunyai pasarannya yang tersendiri. Ramai hanya fokuskan untuk jual air kelapa sahaja macam yang kita selalu nampak di tepi-tepi jalan.
Sebenarnya pasaran di luar sana lebih luas untuk kelapa pandan. Sebagai contoh, satu produk kelapa yang masih jarang ada di pasaran adalah jelly dalam kelapa. Ya! , jelly kelapa yang disimpan di dalam buah kelapa. Rasanya lebih sedap dan wangi kerana diperap dalam buah kelapa. Permintaan juga tinggi di pasaran. Jika anda ingin belajar macam mana hasilkan jelly dalam kelapa dan resepinya anda boleh dapatkan di www.cocoezy.com
2. Kelapa SGG (Sungai Gulang-Gulang)
Kelapa jenis ini saiznya lebih besar. Berbeza dengan kelapa kampung biasa, kelapa SGG sudah mampu berbuah walaupun pokoknya masih lagi rendah. Walaupun harga benihnya sedikit tinggi dari kelapa lain, kelapa jenis ini sangat berbaloi untuk ditanam.
Buahnya bulat dan tempurung di dalam buah juga lebih besar sehingga sangat dekat dengan kulit buah. Potong sedikit kulit kelapa terus boleh nampak tempurung. Sangat sesuai untuk perniagaan air kelapa kerana boleh berikan air dan isi yang lebih banyak.
Jadi, anda kena tahu dulu pasaran kelapa yang anda ingin tanam. Di atas adalah contoh 2 jenis kelapa dari ketegori kelapa yang bersaiz besar dan kelapa yang bersaiz kecil. Ada banyak jenis lagi kelapa di luar sana.
Semoga perkongsian jenis kelapa yang sesuai untuk ditanam ini membantu anda.
