Tentang Kami

JELLY DALAM BUAH KELAPA

Saya teringat ketika kecil dulu, atuk saya datang ke rumah bawa buah tangan jelly dalam kelapa. Rasa sedap sangat dan nampak unik.

Rumah saya pula ada pokok kelapa, saya dapat idea untuk buat jelly dalam kelapa dengan cara yang sedikit berbeza.

Selepas siapkan beberapa biji jelly, saya beranikan diri memasarkan di kawasan yang berdekatan dengan rumah. Pada mulanya jelly sedikit sahaja berjaya dijual, jelly yang lain tidak laku dan akhirnya rosak.

Saya belajar cara untuk jelly lebih tahan lama. Teknik pemasaran diperbaiki supaya jelly cepat habis.

Menggunakan cara yang baru, saya dapat banyak pesanan daripada pelanggan sehinggakan tidak cukup tangan untuk proses jelly!

Cuma, ketika itu resepi jelly saya buat ikut rasa sahaja. Jelly ada yang tawar, cair dan isi kelapa lembik.

Setelah lebih 20 kali percubaan resepi, akhirnya saya berjaya menghasilkan jelly kelapa yang sangat sedap, isi kelapa pejal dan rupa buah kelapa cantik. Permintaan tinggi dan persaingan rendah.

Kini, saya ingin berkongsi pula kepada anda ilmu dan pengalaman macam mana saya buat.

Berminat untuk pelajari cara hasilkan dan jual jelly dalam kelapa dari awal hingga akhir boleh lawati www.cocoezy.com